ARTIKEL

Tiada istilah gagal dalam usaha

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DAYANG Nur’Maisarrah Abang Abdul Razak merupakan penerima Anugerah Maal Hijrah Kategori Belia yang disampaikan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perhimpunan Maal Hijrah peringkat negeri Sarawak 2023/ 1445H sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Anak kedua daripada empat beradik ini mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di Ampang dan sekolah menengah di SMK Green Road Kuching sebelum melangkahkan kaki ke Universiti Melaka dalam bidang Undang-Undang dan Syariah di peringkat diploma.

Beliau seterusnya mendapatkan ijazah dalam bidang yang sama di Universiti Islam Selangor.

Semasa di peringkat universiti, beliau sering melibatkan diri dalam pelbagai program seperti pidato, debat dan pengucapan awam.

Selain aktif dalam persatuan, beliau juga mempunyai minat yang tinggi dalam penulisan ilmiah.

INSPIRASI BELIA

Ketika berusia 19 tahun, beliau pernah menerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik dan Anugerah Pembentang Terbaik di Seminar Antarabangsa Syariah dan Undang-Undang Universiti Sultan Sharif Ali Brunei Darussalam 2018.

Beliau juga menerima Anugerah Dekan pada peringkat diploma dan ijazah serta pelbagai anugerah pelajar terbaik dari sudut akademik serta kokurikulum.

Antara rahsia kejayaan beliau yang paling utama ialah sentiasa menjaga solat dan restu ibu bapa.

Menjaga hubungan dengan orang sekeliling juga merupakan kunci penting sesuatu kejayaan.

Dayang menjadikan Profesor Emeritus Tan Sri Ahmed Mohamed Ibrahim dan Sultan Muhammad Alfateh sebagai idola.

Ujarnya, jangan sesekali membandingkan diri kita dengan orang lain kerana setiap individu memiliki kelebihan dan kekurangan mereka sendiri.

Kedua, sentiasa berbakti dengan orang sekeliling kerana bagi beliau kita hidup di dunia biarlah ada jasa walaupun sedikit.

Selain itu, tiada istilah gagal dalam setiap usaha yang kita lakukan selagi kita bernafas serta sentiasa manfaatkan waktu muda dengan berkhidmat sebaik mungkin kepada masyarakat walau sekecil-kecil perbuatan.

Tambah beliau lagi, orang muda ialah agen perubahan, maka kejayaan dalam melahirkan khairul ummah pada masa akan datang bergantung kepada usaha anak muda hari ini.

Harapan Dayang agar dapat memberikan khidmat luar biasa terhadap ummah lebih daripada apa-apa yang dilakukannya sekarang.

Beliau juga berharap agar dapat melaksanakan dakwah dengan lebih bersungguhsungguh sehingga dapat melahirkan lebih ramai belia yang mempunyai matlamat sama, malah lebih baik daripada dirinya.

Melihat Sarawak sebagai ladang dakwah, beliau berharap dan menggalakkan lebih ramai belia serta orang muda terlibat dalam usaha melahirkan khairul ummah di Bumi Kenyalang.

BERITA LAIN

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

BERITA TERBARU