Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Tiada jerebu di Sarawak sejak 2021, IPU bawah 100

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Timbalan Premier merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

KUCHING: Tiada kejadian jerebu tempatan dan rentas sempadan dikesan di Sarawak bagi tempoh 2021 hingga April tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, dalam tempoh yang sama, kualiti udara ambien adalah dalam lingkungan kategori baik hingga sederhana dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah 100.

“Dalam pada itu, bagi meningkatkan lagi keupayaan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) untuk memantau kejadian jerebu rentas sempadan di Sarawak, satu Stesen Pemantauan Kualiti Udara baharu telah siap dipasang di Bario pada Januari lalu.

“Dengan itu, bilangan Stesen IPU NREB telah bertambah kepada lima buah dengan kesemuanya berupaya untuk memantau zarah-zarah bersaiz 2.5 mikron (PM2.5),” katanya.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata demikian dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak Ke-19, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu NREB dan Jabatan Alam Sekitar Sarawak (JAS) sentiasa menjalankan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan untuk mengawal kejadian jerebu terutamanya melibatkan aktiviti pembakaran terbuka secara haram.

Beliau turut menegaskan bahawa sebarang aktiviti pembakaran terbuka tanpa permit, tindakan boleh diambil ke atas pesalah di bawah undang-undang NREB, 1993, dengan penalti sebanyak RM100,000 atau penjara selama lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Premier merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News