ARTIKEL

Tiada kaum ketinggalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kaum Dayak perlu terus bersatu dalam usaha mengejar pembangunan dalam pelbagai bidang seiring dengan kaum lain di negeri ini, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, sebagai pemimpin bertanggungjawab, beliau tidak ingin melihat mana-mana kaum di Sarawak ketinggalan dari segi mengejar pembangunan. 

“Saya yakin dengan usaha gigih dan sikap yang betul kaum ini juga boleh maju seperti mereka yang sudah maju. 

“Oleh itu, saya amat berharap musim perayaan Gawai Dayak ini, suasana yang riang ria boleh menjadi wadah untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat dalam usaha memperkukuhkan perpaduan dan iltizam kaum Dayak ke arah penglibatan yang lebih aktif dalam proses pembangunan negeri ini,” katanya. 

Beliau berkata dalam perutusan sempena perayaan Gawai Dayak 2023, semalam. 

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa kaum Dayak mempunyai aset yang besar dalam bentuk pemilikan tanah yang harus diberi keupayaan untuk menjana pendapatan melalui pelbagai cara. 

“Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur bagi menyokong usaha pembangunan di kawasan luar bandar. 

“Usaha ini melibatkan perbelanjaan yang besar, namun saya yakin dengan pendapatan negeri yang semakin bertambah ia dapat dilakukan secara berperingkat-peringkat melalui beberapa agensi pembangunan setempat yang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa Gawai Dayak adalah identiti kaum Dayak di Sarawak dan seharusnya menjadi satu titik penyatuan kaum tersebut.

 “Saya amat berharap seluruh rakyat akan berkongsi kegembiraan menyambut Perayaan ini bersama-sama rakanrakan. Inilah masanya kita sebagai anak Sarawak untuk terus saling kunjungmengunjung untuk mengucapkan selamat Gawai kepada rakan-rakan kita yang meraikannya.

“Ia juga merupakan perayaan yang ditunggu-tunggukan pada tiaptiap tahun oleh anak-anak Sarawak berketurunan Dayak yang berada di perantauan, terutamanya bagi mereka yang bekerja dalam industri minyak dan gas untuk kembali ke negeri ini. 

“Saya berdoa agar saudara dan saudari sentiasa berada dalam keadaan selamat dalam perjalanan,” ujarnya. 

Beliau turut mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat Hari Gawai 2023 kepada rakan-rakan dan anak Sarawak berketurunan Dayak di mana sahaja berada.  

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU