ARTIKEL

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad ketika ditemui pemberita, | FOTO: GHAZALI BUJANG

Tiada kekurangan guru bahasa Iban, Mandarin di sekolah rendah di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejumlah 416,000 orang pelajar berdaftar di 1,459 buah sekolah rendah dan menengah bagi persekolahan sesi 2024/2025, kata Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad.

Menurutnya, semua jumlah tersebut melibatkan pelajar dari tahun 1 sehingga tingkatan 6 yang memulakan penggal persekolahan bermula secara rasmi, hari ini.

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Datuk Dr Azhar Ahmad menyantuni para pelajar di SMK Matang Jaya.

“Untuk makluman, seramai 34,285 pelajar telah mendaftar untuk darjah satu, manakala 28,351 pelajar mendaftar untuk tingkatan satu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meninjau pembukaan sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azhar mendedahkan ketika ini memang berlaku kekurangan guru mengajar di sekolah-sekolah rendah, namun bukan bagi pelajaran bahasa Iban dan Mandarin.

“Setakat ini, kita tidak mempunyai kekurangan signifikan dalam kalangan pengajar bahasa Iban dan Mandarin,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan seramai lima pelajar telah ditahan kerana kesalahan dadah pada 2023 secara keseluruhan di Sarawak.

Sehubungan itu katanya, Jabatan Pendidikan sedang bekerjasama dengan beberapa agensi termasuk Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Ia bagi memberi kesedaran tentang dadah, sekali gus mengelakkan pelajar daripada terlibat dalam kegiatan dadah,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU