ARTIKEL

Tiada keperluan bergantung dolar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Tidak ada sebab bagi negara seperti Malaysia untuk terus bergantung kepada dolar Amerika Syarikat (AS) dalam menarik pelaburan ke dalam negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata rundingan pelaburan antara Malaysia dengan negara-negara lain sepatutnya menggunakan mata wang negara ini dan mata wang negara terbabit.

Bank Negara Malaysia (BNM) juga telah membuat cadangan untuk mempelopori kaedah tersebut dalam aspek perdagangan semasa lawatan ke China iaitu menggunakan ringgit dan renminbi, katanya.

“Yang lebih besar daripada itu adalah tentang Tabung Kewangan Asia dan ini peringkat awal pernah saya cadang dahulu (semasa) sebagai Menteri Kewangan tetapi tidak mendapat sambutan di Asia kerana (pada) masa itu kekuatan US dollar sangat kukuh.

“Tetapi sekarang dengan kekuatan ekonomi China, Jepun dan sebagainya, (bagi) saya cadangan ini harus dirundingkan, sekurang-kurangnya Tabung Kewangan Asia, dan boleh menggunakan ringgit dan mata wang negara tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) sama ada kerajaan akan turut serta dengan kebanyakan negara yang tidak lagi mahu menggunakan dolar AS dalam transaksi perdagangan dengan negara-negara lain. – Bernama

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

BERITA TERBARU