ARTIKEL

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah - Foto: ALIFF NONI

Tiada kes ambil anak angkat ala ‘Auntie Kong’ di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Isu pemberian sijil kelahiran palsu kepada individu yang mahu mengambil anak angkat oleh orang tengah atau dikenali sebagai ‘Auntie Kong’ tidak berlaku di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kes tersebut pernah dikesan di Sarawak pada suatu masa dahulu, namun kini tidak lagi berlaku dengan kewujudan sistem pengurusan pengambilan anak angkat yang lebih teratur di bawah Jawatankuasa Khas Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

“Dulu biasa berlaku, apbila daftar anak diletak nama yang mengangkat anak terbabit sebagai ibu dan bapa kandung sama juga apabila proses membuat sijil lahir.

“Hal ini diketahui apabila anak membuat kad pengenalan, tapi apabila pihak berkaitan memeriksa dalam sistem atau klinik tiada rekod kelahiran anak dijumpai.

“Jadi sekarang dengan adanya sistem (anak) angkat yang lebih teratur dan senang di bawah Ordinan pengangkatan kita, saya boleh beritahu anda prosesnya akan siap pada satu hari saja,” katanya.

Beliau berkata, demikian ketika ditemui pemberita ketika menghadiri majlis pecah tanah projek bangunan baharu Persatuan Autism Kuching (KAA) di Batu Kawah, hari ini.

Fatimah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Perkara 15A itu menegaskan, kewujudan badan terbabit memberi respons positif termasuk keputusan mempercepat permohonan pengambilan anak angkat.

“Kes dimajukan di bawah Perkara 15 A lebih cepat untuk mendapat keputusan sama ada lulus atau gagal, tidak semua yang dimajukan akan mendapat kelulusan sebab kadang-kadang dokumen tidak lengkap dan bukti keberadaan itu mungkin tidak dilampirkan bersama-sama permohonan kewarganegaraan,” jelasnya.

Justeru, beliau memberitahu agar mana-mana pihak yang ingin melakukan proses pengambilan anak angkat agar mengikut prosedur sedia ada dengan kerjasama ibu bapa kandung anak terbabit atau dari jabatan agensi pengasuhan anak-anak.

Dalam perkembangan sama, beliau menzahirkan penghargaan kepada KDN atas keprihatinan terhadap isu pengambilan anak angkat yang dihadapi oleh ibu bapa yang berniat menjaga anak-anak yatim atau tidak mempunyai keluarga.

“Kita sedia maklum ada ibu bapa yang menjaga anak-anak istimewa ini dengan baik dan sememangnya kita merujuk kepada mereka yang betul-betul mahu mengangkat anak, membesarkan mereka dengan penuh kasih sayang.

“Jadi anda semua boleh lihat sebilangan kes telah diluluskan, ramai permohonan anak angkat tidak sampai setahun, dua tahun diluluskan terutama mereka yang berada di bawah pusat jagaan kanak-kanak,” katanya lagi.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC