Trending

Tiada lagi miskin tegar di Malaysia tahun depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Anwar, Abang Johari, Hajidi serta dan barisan menteri yang lain pada Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, di sini, malam tadi

KUCHING: Kerajaan Persekutuan komited untuk menoktahkan masalah kemiskinan tegar yang masih membelenggu golongan rakyat tertentu di seluruh pelosok negara dalam tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, usaha tersebut memerlukan kerjasama penuh seluruh jentera Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta semua daerah di negara ini.

“Rancangan kita untuk tahun ini juga ialah menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara, termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Menoktahkan ini bermakna, setiap keluarga miskin dari negeri Perlis, Sabah, Sarawak, Pahang, Kelantaan mahupun Johor sudan tentu ada terdapat keluarga miskin.

“Jadi kita harus membantu mereka ini supaya tidak kekal dalam kategori miskin tegar pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan di Stadium Perpaduan, di sini, malam tadi.

“Kita semua mempunyai tanggungjawab bersama untuk memacu ekonomi negara demi manfaat serta membela nasib rakyat seluruh negara.

“Kemampanan ekonomi itu juga penting, namun apa maknanya bagi rakyat biasa jika di kota masih ada yang miskin kota, begitu juga di desa serta pedalaman. Kita mahu ini berakhir,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru