KUCHING: Sarawak mempunyai barisan pemain pelapis boling padang untuk membentuk skuad baharu sebagai persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Ketua jurulatihnya, Mohd. Fairus Abang Deni berkata, meskipun terpaksa menerima hakikat hanya tiga orang pemain yang beraksi di Sukma 2022 masih boleh beraksi dan mewakili Sarawak kelak.
“Tiada masalah bagi kita untuk menyediakan pasukan baharu bagi menghadapi Sukma 2024 kerana ada ramai pemain pelapis.
“Lagipun, tiga pemain lama iaitu Muhammad Ramadhan Jeffy, Awang Mohd. Sharzsan Fyirman Awang Nazarudin dan Syasya Mastunina Sawani Morshidi masih dapat beraksi,” ujar Mohd. Fairuz kepada Arena Suara Sarawak.
Bagaimanapun katanya, tiada tiket automatik buat pemain pelapis sedia ada menempatkan diri dalam skuad itu nanti.
Sebaliknya, prestasi mereka akan sentiasa dipantau dari semasa ke semasa.
“Malah mereka akan melalui sesi pemilihan yang akan diadakan nanti,” tambahnya.
Skuad boling padang pada temasya Sukma XX MSN Kuala Lumpur 2022 berjaya meraih tiga pingat gangsa daripada kategori empat berpasangan lelaki, empat berpasangan perempuan dan dua berpassngan perempuan.