Tiada masalah untuk agama lain guna perkataan “Allah” di Sarawak

KUCHING: Tiada masalah untuk agama lain di Sarawak menggunakan perkataan “Allah”.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan demikian pada perjumpaan penerima dana bantuan Unit Hal Ehwal Agama-agama Lain (Unifor) di sebuah hotel terkemuka di sini, sebentar tadi.

“Tiada masalah apabila anda (agama lain) ingin menggunakan perkataan “Allah”.

“Ini kerana bukan manusia yang menilai diri sebagai alim tetapi Tuhan,” katanya.