ARTIKEL

Tiada mayat, rangka manusia dalam perut buaya yang ditangkap di Samariang Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tiada sebarang penemuan mayat atau rangka manusia di dalam perut buaya yang ditangkap oleh pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC), di Lorong 2C Samariang Aman, malam tadi. 

Demikian dedah SFC dalam kenyataan hari ini ekoran penangkapan reptilia berukuran 11 kaki dan anggaran seberat 250 kg berkenaan pada jam 10.30 malam, malam tadi.

Manakala katanya, proses bedah siasat oleh pakar dari SFC hari ini hanya menemui plastik sampah, sampah sarap dan sisa haiwan termasuk ayam yang digunakan sebagai umpan di dalam perut buaya jantan itu.

Sehubungan itu, pihak SFC menyeru semua komuniti yang tinggal berhampiran dengan sungai, agar tidak lagi menjadikan sungai tempat membuang sampah kerana akan mengundang sang buaya ke kawasan-kawasan tersebut.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

BERITA TERBARU