Tiada moreh atau sahur di masjid

KUCHING: Tidak seperti kelaziman setiap kali Ramadan, tahun ini moreh bagi jamuan berbuka puasa atau sahur sekali lagi dilarang diadakan di surau atau masjid sebagaimana ketika pandemik tahun lepas.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia merupakan tambahan kepada prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Islam Sarawak (MIS) dalam usaha memerangi Covid-19.

“Sebarang moreh tidak dibenarkan di masjid atau surau.

“Kalau jawatankuasa pengurusan masjid atau surau hendak menyediakan makanan sekalipun, mereka dibenarkan memberi makanan bungkus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas operasi masjid dan surau sepanjang Ramadan.

…Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 9 April 2021

 

Suara Sarawak