ARTIKEL

SAR… Operasi SAR hari ini ditangguhkan.

Tiada petunjuk baharu, SAR warga emas hilang ditangguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Asui Langgang, 88, yang dilaporkan hilang ketika mencari sayur-sayuran di hutan di sini Isnin lalu masih gagal menemukan sebarang petunjuk.

Komander Operasi PBK I (KUP) Sim Mui Chai berkata, operasi SAR yang masuk hari ketiga tersebut ditangguhkan dan akan disambung semula pagi esok.

“Setakat 5.30 petang tadi, masih tiada petunjuk keberadaan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, operasi SAR dimulakan pada 9 pagi dengan pembahagian dua kumpulan tumpuan ke arah sungai Bantang pada jarak 4 kilometer (km) dari Kampung Taee.

Sementara itu katanya, pecahan kumpulan kedua pula ke kanan dan kiri aliran sungai.

“Operasi SAR di sebelah petang pula diperluas ke arah sebelah kiri jalan besar tempat penemuan motosikal mangsa bersama-sama penduduk kampung serta unit K9.

“Manakala kumpulan dua ke arah aliran sungai sebelah kanan jalan besar,” katanya.

BERITA LAIN

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Kerjasama erat KMKK bawa banyak kemajuan

SARATOK: Semangat bersatu padu dan kerjasama erat barisan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) menjadi semangat kepada wakil rakyat untuk membawa lebih banyak pembangunan. Perkara