ARTIKEL

TAMAT… Operasi SAR Denis ditamatkan selepas gagal menemukan petunjuk.

Tiada petunjuk, SAR warga emas di Kampung Kakeng ditamatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas dari Kampung Kakeng dekat sini yang dipercayai hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu, ditamatkan hari ini.

Menurut Komander Operasi PBK I KUP Sim Mui Chai, operasi SAR hari kelapan penghidap demensia yang dikenali sebagai Denis Nyawod, 76, itu ditamatkan setelah gagal menemukan sebarang petunjuk.

“Keputusan itu dilakukan selepas perbincangan bersama-sama semua agensi, ketua kampung dan ahli keluarga mangsa.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 2.30 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Sim Mui Chai berkata, operasi SAR dimulakan seawal 9 pagi dan terbahagi kepada lima kumpulan.

Pencarian dilakukan di kawasan sektor A, B dan C dalam radius 5 kilometer (km) kawasan kebun lada dan getah.

Katanya, sektor A pencarian dilakukan bersama-sama unit K9 di kawasan kebun mangsa sekitar radius 5km; sektor B kawasan kebun lada dan nanas sementara sektor C pencarian di kawasan sekeliling kebun dan aliran air – radius 6km.

“Setelah pencarian dilakukan, mangsa masih gagal ditemukan dan tiada petunjuk yang jelas,“ katanya.

Dalam pada itu, berdasarkan laporan, kali terakhir mangsa kelihatan pada 12 tengah hari, Jumaat lepas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU