SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Tiada PPS dibuka, air surut di Kampung Siang Siang, Lawas

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Pihak bomba melakukan "size up" dan didapati kawasan terjejas dengan anggaran kedalaman lima kaki.

LAWAS: Tiada Pusat Pemindahan (PPS) dibuka susulan banjir yang dilaporkan berlaku di Kampung Siang Siang, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata panggilan kecemasan telah diterima pada jam 12.13 tengah hari tadi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas dikerahkan ke lokasi berkenaan.

Pihak bomba melakukan “size up” dan didapati kawasan terjejas dengan anggaran kedalaman lima kaki.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat mangsa banjir di Kampung Siang -Siang perlu dipindahkan.

“Setibanya anggota di tempat kejadian “size up” terus dilakukan dan didapati kawasan terjejas dengan anggaran kedalaman lima kaki.

Pihak bomba melakukan “size up” dan didapati kawasan terjejas dengan anggaran kedalaman lima kaki.

“Hasil maklumat, dianggarkan 34 buah rumah terjejas dengan jumlah kependudukannya 350 orang terlibat,” katanya.

Namun, katanya lagi, tiada operasi pemindahan mangsa banjir dilakukan berikut trend air surut dan cuaca mendung dan tidak hujan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Jatuh bangun 64 tahun

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berikrar untuk kekal relevan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru