ARTIKEL

Tiada sebarang petunjuk, SAR kanak-kanak dikhuatiri lemas di sungai Nanga Geremai ditamatkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak yang dikhuatiri lemas setelah dilaporkan hilang di sungai Nanga Geremai pada 25 Februari lalu ditamatkan 5 petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata setakat 4.40 petang, pasukan SAR gagal menemui sebarang petunjuk.

Katanya, operasi SAR yang memasuki hari ketujuh diteruskan dengan mencari di sepanjang sungai Kanowit bermula dari Sungai Batang Rajang berhampiran Kubu Emma ke lokasi kejadian dalam radius 16 kilometer.

“Operasi pencarian dipecahkan kepada dua kumpulan. Kumpulan SAR yang terdiri daripada bomba dan polis mencari di sepanjang Sungai Kanowit sehingga ke jambatan Durin dalam radius 32 kilometer dari lokasi kejadian.

“Kumpulan SAR dua yang terdiri daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan polis mencari di sepanjang Sungai Kanowit ke hilir sungai dalam radius 16 kilometer daripada lokasi kejadian,” katanya.

Hasil perbincangan polis dan bomba bersama-sama keluarga mangsa, operasi SAR ditamatkan dan disambung sekiranya ada petunjuk baharu.

Pada 25 Februari lalu, mangsa dikenali sebagai Batrick Giling Bunau berusia satu tahun enam bulan dilaporkan hilang selepas dipercayai tergelincir di tebing Sungai Kanowit berhampiran Nanga Geremai sekitar 5 petang.

Baca lain  Organisasi perlukan kepimpinan berkualiti

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju oren muda dan seluar hitam.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,