NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Tiada sindiket edar dadah kepada pelajar sekolah di Sarawak secara percuma, kenyataan Harden disalah tafsir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Ketulan kristal dipercayai dadah jenis syabu seberat 5.34 gram berjaya dirampas milik suspek

KUCHING: Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menafikan laporan berita yang dikeluarkan pada Rabu lalu apabila memberitahu terdapat sindiket pengedaran dadah percuma untuk pelajar di Sarawak.

Sebaliknya perkara yang dinyatakan selepas sidang media laporan bulanan One Stop Committee (OSC) Isu dadah bagi Substance (MIDS) Sarawak Bil.7/2021 merujuk kepada kes di negeri lain iaitu ’40 individu dikesan edar dadah kepada pelajar’ bertarikh 19 November 2020.

Penolong Setiausaha Pejabat Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak menerusi kenyataan media hari ini berkata, maklumat yang dikongsikan semasa sidang media pada Rabu lalu itu telah disalah tafsir.

“Saya ingin menjelaskan bahawa tiada sindiket yang membekalkan dadah secara percuma kepada pelajar sekolah di Sarawak.

“Perkara yang dinyatakan selepas sidang media berkenaan adalah berlaku di negeri lain,” kata kenyataan tersebut.

Tegasnya, satu prosedur operasi standard (SOP) tetap di bawah OSC MIDS sarawak telah ditubuhkan pada 18 Januari 2019.

Katanya lagi, operasi itu adalah untuk menjalankan siasatan terperinci di kawasan sekolah berkaitan aktiviti pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah melibatkan murid sekolah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru