HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Tiada suntikan vaksin campuran

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Keputusan memberi vaksin Covid-19 tanpa janji temu kepada mereka yang belum menerima suntikan bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Menurutnya, perubahan dasar tersebut kerana hampir semua mereka yang mendaftar melalui MySejahtera sudah menerima vaksinasi.

“Di Sarawak sekarang ini kita berada dalam senario vaksin menunggu penerima kerana kita tahu berapa populasi penduduk negeri.

“Ini sekali gus memudahkan proses pemberian vaksin kepada rakyat.

Dahulu kita tidak laksanakan cara ini kerana ia boleh menyebabkan kesesakan apabila terlalu ramai rakyat yang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

“Ia lebih sistematik apabila dilaksanakan sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Peladang Prihatin Sarawak di Hospital Umum Sarawak (HUS), semalam.

Dr Sim turut memberitahu, mereka yang belum menerima vaksin disarankan membuat janji temu terlebih dahulu.

“Jika talian tidak dapat dihubungi, jangan panik.

Hantar maklumat anda seperti nombor kad pengenalan, alamat melalui WhatsApp kerana ia lebih sistematik.

Anda pasti akan dihubungi selepas itu,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Sim berkata, setakat 22 Julai, sebanyak 79 peratus rakyat negeri ini sudah menerima dos pertama vaksin, manakala 51.4 peratus sudah lengkap dua dos.

“Ini adalah pencapaian luar biasa daripada semua orang.

Terima kasih kepada semua rakyat Sarawak yang telah memberi kerjasama luar biasa dengan memainkan peranan masing-masing walaupun vaksinasi belum diwajibkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Sim berkata, Sarawak menerima bekalan vaksin yang mencukupi dan polisi pemberian vaksin tanpa campuran jenis vaksin.

“Bermaksud, apabila anda menerima dos pertama vaksin jenis Sinovac, dos kedua juga mesti Sinovac.

Jadi tidak ada percampuran polisi,” tegasnya.

Mengulas mengenai program tersebut, Dr Sim berkata, ia amat bermakna bagi membantu petani tempatan menjana pendapatan dan dalam masa yang sama menunjukkan penghargaan kepada barisan hadapan.

“Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) mula membeli hasil tani yang tidak terjual di pasaran dan kemudian disumbangkan kepada barisan hadapan dan golongan yang memerlukan.

“Usaha ini sekali gus membantu kedua-dua pihak dalam tempoh pandemik,” katanya sambil memberitahu sebanyak 120 bungkusan mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran segar diagihkan kepada petugas di Pusat Pemberian Vaksina (PPV) HUS.

Ia disumbangkan oleh Jabatan Pertanian Bahagian Kuching dan PPK Kuching, Bau dan Sri Gading.

Turut hadir Pengarah Hospital Umum Sarawak Dr Ngian Hie Ung dan Timbalan Pengarah HUS Dr Pamela Lee Yew Fong.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru