ARTIKEL

Tiada syarat MP pembangkang sokong PM untuk dapatkan peruntukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan tohmahan pembangkang kononnya Ahli Parlimen mereka dikenakan syarat agar menyokong Perdana Menteri bagi mendapatkan peruntukan.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, perbincangan lebih menjurus kepada memastikan kestabilan kerajaan dan juga pertumbuhan ekonomi.

“Tidak ada syarat sokong PM seperti mana ditohmah oleh pembangkang. Kita beri mandat kepada Fadillah (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof) dan jawatankuasa.

“Perbincangan supaya kerajaan stabil dan kita tumpu kepada pertumbuhan ekonomi yang menjamin keamanan, kestabilan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Teknologi Kajang, hari ini.

Semalam Fadillah dilaporkan berkata, Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju mempertimbang menyalurkan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Fadillah berkata, satu draf memorandum persefahaman (MoU) dirangka terlebih dahulu dan dipanjangkan kepada pihak pembangkang, sebagai langkah perundingan seterusnya.
Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli