Tiba-tiba beranak, rupa-rupanya gadis OKU dirogol remaja lelaki

SERIAN: Perbuatan seorang remaja lelaki merogol seorang gadis Orang Kurang Upaya (OKU) lembap pembelajaran terbongkar selepas mangsa beranak pada 18 Julai lalu.

Mangsa berusia 24 tahun dari Kampung Jenan di sini melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Susulan itu, ibu mangsa tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, di sini.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandi Anis berkata suspek yang berusia 17 tahun merupakan jiran kepada mangsa.

“Menurut mangsa, suspek telah merogolnya di rumah semasa ibunya tiada di rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau juga berkata keluarga mangsa tidak menyedarinya mengandung kerana tidak menunjukkan keadaan mengandung sehinggalah dia beranak.

Katanya mangsa kini masih dirawat di HUS.

Aswandi berkata pihaknya kini suspek sedang menjejaki suspek yang telah melarikan diri.

Kes disiasat mengikut Seksyen 476 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandi Anis

Suara Sarawak