ARTIKEL

Abdul Karim dalam sidang media selepas melancarkan Ekspo dan Kongres Borneo Global Meditourism di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini | Mohd Alif Noni

Tidak adil banding projek tiang bendera Sarawak dengan Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tidak adil untuk membandingkan projek tiang bendera di Sarawak dengan yang dibina di Selangor kerana kedua-duanya melibatkan konsep dan skop pembangunan yang berbeza, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata projek tiang bendera di Sarawak bukan sekadar pembinaan tiang bendera setinggi 99 meter semata-mata, sebaliknya melibatkan pembangunan sebuah kompleks mercu tanda yang merangkumi beberapa komponen termasuk elemen landskap serta air terjun buatan.

“Jika hendak dibandingkan, kita tidak boleh melihat tiang bendera sahaja. Di Dataran Ibu Pertiwi itu, ia melibatkan tiang bendera bersama beberapa komponen lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Ekspo dan Kongres Borneo Global Meditourism di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Abdul Karim berkata demikian bagi mengulas isu yang tular di media sosial yang membandingkan tiang bendera setinggi 99 meter di Dataran Ibu Pertiwi yang menelan kos kira-kira RM30 juta dengan tiang bendera setinggi 120 meter di Selangor bernilai sekitar RM8.5 juta.

Beliau berkata perbandingan kos tanpa mengambil kira keseluruhan pembangunan adalah tidak adil, malah diibaratkan seperti membandingkan harga kenderaan daripada kategori berbeza.

Abdul Karim juga mendedahkan mercu tanda berkenaan turut menarik perhatian pihak luar, termasuk Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika berkunjung ke Sarawak bagi menghadiri Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia.

Katanya, selepas lawatan itu, baginda dikatakan menyatakan minat untuk membina mercu tanda seumpamanya di Selangor.

Mengulas pembiayaan projek tersebut, beliau berkata kos pembinaan tidak ditanggung secara langsung oleh Kerajaan Sarawak, sebaliknya dibiayai melalui sumbangan syarikat dalam sektor petroleum.

Untuk rekod, projek itu dibiayai sepenuhnya oleh tiga syarikat minyak dan gas iaitu Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dan Shell Malaysia.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU