ARTIKEL

Nie Ching (tengah) bergambar selepas sidang media 'Pendidikan Kepimpinan Politik Herlead' di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, hari ini, bersama Ahli Parlimen (MP) Puchong, Yeo Bee Yin, dan MP Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid.

Tidak adil untuk gesa Hannah Yeoh letak jawatan — Teo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Desakan bekas pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang, P. Ramasamy, supaya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, meletak jawatan berhubung isu pemberian kontrak Kerajaan Negeri Selangor kepada suaminya, adalah tidak adil.

Ketua Wanita DAP, Teo Nie Ching, berkata tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang selama 15 tahun di bawah Kerajaan Negeri DAP itu jelas menunjukkan sikap berpura-puranya selepas keluar daripada parti itu.

Beliau mempersoalkan tindakan Ramasamy yang tidak melakukan gesaan sama ketika bekas Setiausaha Agung yang kini Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, didakwa di mahkamah.

Teo, yang juga Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, berkata demikian bagi menjawab gesaan Ramasamy agar Hannah meletak jawatan ekoran dakwaan bahawa kontrak projek rintis ‘Demand Responsive Transit’ (DRT) oleh Kerajaan Negeri Selangor telah diberikan kepada syarikat suaminya secara rundingan terus.

“Sekiranya siasatan yang dijalankan membuktikan bahawa ada salah guna kuasa, saya percaya bahawa beliau (Hannah) akan tertakluk kepada tahap penyiasatan yang sama.

“Saya rasa beliau alan bekerjasama dengan sebarang bentuk siasatan tetapi soalan sama ada beliau wajar untuk letak jawatan, saya fikir ia terlalu awal,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

“Adakah Ramasamy ketika itu meminta Lim Guan Eng (LGE) meletak jawatan, dan kenapa dia tukar pendirian sekarang?

“Adakah kerana LGE ketika itu Setiausaha Agung dan Ramasamy tidak mahu serang dia, ataupun masa itu (Ramasamy) dalam DAP tidak boleh serang dan kini apabila sudah keluar DAP, dia hendak jadi malaikat?” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan ia sudah melakukan siasatan interim berhubung isu pemberian kontrak tersebut namun tidak menemukan sebarang kesalahan dan tiada kes dalam isu tersebut.

Asia Mobility Technologies Sdn Bhd, syarikat milik suami Hannah, ialah satu daripada dua syarikat yang dipilih untuk projek perintis DRT bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pengangkutan awam dan mobiliti di Selangor.

Sementara itu, dalam sidang media sama, Teo melancarkan program HERLEAD oleh Wanita DAP, iaitu program pendidikan politik yang direka bagi memperkasa dan melengkapkan wanita parti itu dengan kemahiran serta pengetahuan diperlukan untuk menjadi pemimpin politik berpengaruh.

“(Kebanyakan) parti politik memberikan alasan tidak mempunyai calon (wanita) yang mencukupi, program HERLEAD ini direka untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Program pertama HERLEAD bakal berlangsung pada 22 dan 23 Jun di Kuala Lumpur dan mereka yang berminat boleh mendaftar bermula hari ini di pautan https://forms.gle/xqFxKyCW5ZbMdER77. — BERNAMA

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat