Tidak ambil mudah

JURULATIH Kuching City FC (KCFC), Irfan Bakti memberi amaran kepada anak-anak buahnya agar tidak mengambil mudah skuad Projek FAM-MSN yang akan ditentang di Stadium UiTM Shah Alam malam ini (9.00 malam).

Skuad muda itu merupakan ‘lubuk gol’ bagi kebanyakan pasukan. Mereka kini berada di tangga tercorot, setelah kalah dalam enam aksi, dan dibolosi 20 gol.

“Kami tidak memandang rendah keupayaan pasukan lawan, walaupun dibarisi pemain muda,” ujar Irfan. “Harus diingat, mereka juga mampu melakukan kejutan. Apa yang perlu dilakukan pemain ialah harus bijak menyempurnakan peluang,” katanya.

Irfan sedar, perlawanan tersebut merupakan peluang terbaik anak-anak buahnya untuk menambah mata, namun tidak mahu pemain dibuai keyakinan keterlaluan.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 April 2021

Suara Sarawak