ARTIKEL

Covid-19: Tidak dapat tidur, hilang selera makan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SALAH seorang pemain skuad Kuching FA yang positif Covid-19 mengakui keresahan dan ketakutan sentiasa menghantuinya sebelum dijangkiti virus berbahaya itu.

“Sebaik satu kes positif di tempat saya bekerja, saya mula gementar, kalau-kalau saya pula yang terkena. “Sejak itu saya dan semua staf lain menjalani ujian swab dan dikuarantin,” ujarnya.

“Pada hari keberikutnya saya menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa ujian swab saya positif virus korona dan perlu menjalani rawatan,” dedahnya ketika dihubungi Suara Sarawak semalam.

Menurut pemain penyerang itu, fikirannya terganggu pada malam pertama dikuarantin di hospital. “Sepanjang malam itu saya tidak dapat tidur dan tiada selera makan kerana memikirkan perkara yang bakal terjadi untuk hari-hari yang akan datang,” katanya.

Ujarnya, perasaan takut semakin menjadi-jadi apabila menyedari virus berkenaan belum ada penawarnya.

“Namun, setelah mendengar nasihat, penerangan dan motivasi daripada doktor barulah hati saya lega dan kembali bersemangat untuk melawan penyakit ini,” ujarnya.

Beliau merupakan antara lima pemain Kuching FA yang positif Covid-19 menyebabkan semua pemain dan pegawai pasukan dikuarantin 14 hari. Malah, Kuching FA terpaksa menangguhkan sesi latihan

setelah lebih sebulan berlatih. Bagi pemain penyerang itu, beliau tetap menjalani latihan ketika dikuarantin. “Saya menjalani latihan ringan seperti tekan tubi dan ‘sit up’ pada pagi dan petang.

“Kini tahap kesihatan saya dan empat rakan sepasukan yang lain dalam keadaan yang baik dan mereka ditempatkan di bilik yang tidak jauh dari bilik saya.

“Keluarga saya pula dikuarantin di rumah saya di Sibu selama 14 hari… mereka juga telah menjalani ujian swab,” katanya

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU