ARTIKEL

Tidak hantar senjata kepada negara perang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Keputusan Korea Selatan sama ada untuk menghantar bantuan ketenteraan ke Kyiv bergantung kepada tindakan Rusia, kata Pejabat Presiden Seoul pada Khamis, sambil menambah kemungkinan serangan awam berskala besar mampu menjejaskan keseimbangan.

Seoul mempunyai dasar menentang penyediaan senjata kepada negara yang berkonflik aktif, yang berulang kali dikatakan menyukarkan untuk membekalkan senjata terus ke Ukraine.

Korea Selatan menyokong sekatan yang diketuai AS ke atas Moscow dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Kyiv, sambil menandatangani perjanjian senjata utama termasuk untuk kereta kebal dan howitzer dengan Poland.

Pada Khamis, Pejabat Presiden Yoon Suk Yeol berkata, Korea Selatan tidak dapat berdiam diri dan hanya menonton sekiranya ada pembunuhan yang dipandang serius oleh masyarakat antarabangsa.

“Langkah seterusnya bergantung kepada Rusia,” kata seorang pegawai presiden kepada pemberita dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Pegawai itu berkata, dasar Korea Selatan untuk tidak menyediakan senjata kepada negara-negara yang berperang bukan secara teknikalnya undang-undang tetapi satu usaha sukarela.

“Melainkan kematian orang awam secara besar-besaran berlaku, kedudukan kami sekarang kekal,” tambah pegawai itu.

Baca lain  Ruang udara Sulawesi berbahaya

Yoon memberitahu media minggu ini bahawa jika terdapat keadaan masyarakat antarabangsa tidak dapat memaafkan, seperti mana-mana serangan besarbesaran terhadap orang awam, sukar bagi pihaknya untuk mendesak hanya pada sokongan kemanusiaan atau kewangan.

Keadaan itu mendorong Moscow untuk memberi amaran kepada Seoul pada Rabu berkenaan pendirian tidak mesra, mengatakan permulaan bekalan senjata bermakna peringkat penglibatan tertentu dalam konflik Ukraine.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Lawrence Wong perdana menteri baharu Singapura

SINGAPURA: Lawrence Wong pada Rabu, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu negara kota itu, setelah Lee Hsien Loong berundur selepas dua dekad memegang jawatan itu.

100 anggota keselamatan cedera

NOUMEA: Seramai dua terbunuh, manakala ratusan lagi cedera dengan kedai dirompak dan bangunan awam dibakar semasa malam kedua rusuhan di New Caledonia, kata pihak berkuasa

Rakyat Palestin rai ulang tahun Nakbaa

RAFAH: Puluhan ribu orang awam telah melarikan diri dari bandar Rafah di selatan Gaza menjelang ancaman serangan darat Israel, ketika rakyat Palestin pada Rabu menandakan

BERITA TERBARU