Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Tidak pandang ringan rabies

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP… Abang Johari menjawab soalan daripada pemberita.

KUCHING: Meskipun keadaan penularan Rabies terkawal di Sarawak, namun ia tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengancam nyawa, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, ini kerana Sarawak mempunyai kawasan yang agak luas dengan sempadan lebih 1,000 kilometer dan menjadi kawasan anjing-anjing liar berkeliaran.

“Disebabkan itu Kerajaan Sarawak bekerjasama dengan masyarakat setempat terutama ketua masyarakat di kawasan pedalaman.

“Kita harus mempunyai pendekatan profesional untuk menangkap anjing dan pada masa sama, kita juga memerlukan profesional veterinar untuk mengesahkan sama ada anjing tersebut dijangkiti virus rabbies atau tidak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran IBET, Unit Keselamatan Dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) di Dataran Perayaan, Jalan Stadium di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, disebabkan penularan penyakit berjangkit sering melanda di kawasan luar bandar, pasukan ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) ditubuhkan bagi menangani masalah itu.

Tambah beliau lagi, pasukan tersebut akan dilengkapi dengan kemajuan teknologi masa kini, misalnya memberikan cip untuk penandaan dan pengesanan kepada anjing liar.

“Walaupun tiada liputan, anjing liar yang ditag ini masih boleh dikesan menggunakan radio frekuensi tinggi,” katanya sambil menambah terdapat seramai 108 anggota IBET di seluruh Sarawak setakat ini.

 

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News