KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg meminta rakan-rakannya yang berhasrat membuat iklan sempena Ulang Tahun Ke-71 beliau esok (4 Ogos) untuk menyumbang kepada Tabung Amanah Bencana Negeri Covid-19.
Pejabat Ketua Menteri dalam satu kenyataan berkata, pemimpin Sarawak itu amat menghargai hasrat mereka untuk mengucapkan selamat hari jadi kepadanya melalui iklan.
Namun, Abang Johari meminta mereka untuk tidak memaparkan iklan sebaliknya menyumbang kepada Tabung Amanah Bencana Negeri Covid-19.