Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Tidak perlu pembelian panik

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

MUKAH: Pengguna di sini dinasihati tidak membuat pembelian panik kerana ia boleh mengganggu bekalan barang keperluan asas di pasaran dalam tempoh ini.

Ketua KPDNHEP Cawangan Mukah Salihin Den berkata, pengguna tidak perlu risau dan bimbang kerana Pegawai Penguat Kuasa dan Pegawai Pemantau Harga (PPH) sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan sepanjang Gawai ini.

“Dengan pengalaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, ia sedikit banyak membantu kami membuat persediaan awal agar bekalan barang keperluan asas sentiasa mencukupi dan mudah diperoleh.

“Pengguna perlu membuat perancangan awal sebelum ke pasar raya kerana kami sudah menguatkuasakan Ops HAD 2J bermula 26 Mei 2021 bagi mengelakkan pengunjung terlalu ramai di pasar raya pada satu-satu masa,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Ujarnya, Ops HAD 2J itu mengawal selia sektor peruncitan dan pemborong agar boleh beroperasi seperti biasa tanpa dikenakan tindakan tutup premis atas sebab pelanggaran SOP.

“Sekiranya ada aduan, pengguna boleh menghubungi pihak kami melalui platform yang disediakan,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu katanya, bekalan semasa kedai runcit terpilih (DDR) Bahagian Mukah sehingga 27 Mei lalu menunjukan bekalan barang keperluan asas masih banyak dan mencukupi.

“Pihak kami juga telah mengarahkan DDR untuk meningkatkan jumlah stok semasa mereka bagi memastikan bekalan barang keperluan asas musim perayaan Gawai ini mencukupi serta mudah diperoleh sepanjang tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Gawai.

“Pihak kami juga membenarkan DDR untuk menyimpan stok lebih daripada had dibenarkan seperti dalam lesen barang kawalan sepanjang tempoh SHMMP Gawai ini.

“Walaupun kebanyakan pembekal atau pemborong barang keperluan asas dari Sibu, ia bukan menjadi masalah atau
isu kekurangan bekalan kerana pembekal dan pemborong ini terdiri daripada kumpulan perkhidmatan perlu kerana
mereka diberi kebenaran untuk beroperasi seperti biasa dengan mematuhi SOP yang dikeluarkan,” katanya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa