SIBU: Orang ramai di bahagian ini yang bekerja dalam sektor perkhidmatan penting tidak perlu lagi memohon permit polis sekiranya turun bekerja di dalam daerah atau zon masing-masing sahaja.
Begitu juga dengan perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi dalam kapasiti 50 peratus turut tidak memerlukan permit polis untuk beroperasi asalkan di dalam daerah sahaja.
Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Wong Hee Sieng ketika sidang media berkenaan dengan prosedur operasi standard (SOP) di Pejabat Residen Sibu, semalam.
Pemangku Residen Bahagian Sibu itu memberitahu, hanya dua perubahan yang di buat dalam SOP terbaharu bagi Zon Sibu, Zon Selangau dan Zon Kanowit yang dikenakan SOP Perintah Kawalan Pergerakan Khusus yang berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi 22 April (tengah malam tadi) hingga jam 11.59 malam 26 April.
“Supaya lebih jelas, perkhidmatan penting tidak lagi diminta untuk memohon permit polis untuk beroperasi. “JPBBS bersetuju membenarkan operasi Pasar Sentral Sibu dibuka tetapi untuk peniaga dan penjaja yang menjual barang keperluan sahaja,” tegas beliau.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 22 Apr 2021