Tidak sabar sambung semula latihan

SKUAD Sarawak United FC I menyambut baik sesi latihan disambung semula tetapi masih menunggu harapan baharu mengenai perjalanan perlawanan Liga Premier sama ada disambung semula atau dibatalkan.

Pengurus Pasukan SUFC I, Afiq Fikri Brahim berkata, mereka masih menunggu pengumuman dari Kerajaan Negeri mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) sukan dan kebenaran untuk menyambung semula latihan memberi sinar harapan kepada perlawanan liga bersambung.

“Sekiranya liga disambung semula, pasukan Sarawak akan lebih terkesan berbanding pasukan lain bila ketiadaan penonton.

“Ini kerana, aksi tanpa penonton akan menyebabkan pihak pengurusan pasukan kerugian hasil daripada kutipan tiket masuk serta memberi impak kepada pendapatan pasukan,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau, memandangkan pasukan banyak bermain di gelanggang lawan hingga melibatkan kos yang agak tinggi walaupun secara dalam surat kebenaran berlatih dan meneruskan liga adalah sesuatu yang mengembirakan peminat sukan bola sepak negara.

Selain itu, beliau turut pasti akan ada pasukan termasuk Sarawak akan berdepan dengan keadaan yang sukar terutamanya dalam aspek perbelanjaan pengurusan.

“Umpama berat mata memandang berat lagi bahu memikul, sesetengah perkara amat sukar dijelaskan secara terbukatetapi saya memohon khususnya penyokong tegar pasukan akan terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi pada kita walaupun apa jua keputusan kelak.

“Semua pihak ingin mendapat keputusan yang bagus dan bermain dalam keadaan yang selesa dari segi semua aspek tetapi risiko tetap ada walaupun perancangan telah disusun begitu rapi,” katanya lagi.

Semua pihak berkeinginan mendapat keputusan yang bagus dan bermain dalam keadaan selesa dalam semua aspek tetapi rasiko tetap ada walaupun perancangan telah disusun rapi.