Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Tidak serik ambil dadah berulang kali, penganggur dipenjara 6 tahun, 2 sebatan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Dadah berulang: tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Sesyen selepas sebutan kes dan dijatuhi hukuman

KUCHING: Ambil dadah berulang sebanyak enam kali, seorang penganggur lelaki dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh Kesuma, 46, berasal Kampung Panglima Seman Lama mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Maris Agan.

Susulan itu, Maris Agan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa mempunyai lima rekod lampau mengambil dadah pada tahun 2004 (satu rekod), 2017 (satu rekod), 2018(satu rekod) dan 2019 (dua rekod) serta sekali lagi didakwa memasukkan dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kuching sekitar jam 3.15 petang pada 29 Jun 2021.

Dadah berulang: tertuduh dibawa keluar oleh anggota polis dari Mahkamah Sesyen selepas sebutan kes dan dijatuhi hukuman

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut  Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dihukum mengikut Seksyen 39 C (1) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum tujuh tahun dan tidak lebih daripada tiga sebat.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan polis telah menahan seorang lelaki kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Hasil saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah dan laporan dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sangari Ponnan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang