ARTIKEL

Tidak serik meragut, dua buruh kasar berdepan hukuman penjara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua orang buruh kasar masing-masing dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri sebuah beg dan seunit telefon pintar milik seorang penjual sayur.

Tertuduh Muhammad Hardi Roslan, 34, dan Mohammad Haffis Rohimin, 30, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Zaiton Anuar.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencuri barangan milik seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah kedai kopi Jalan Sekama, sekitar jam 9 pagi, 27 September lalu.

Oleh itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu dan suaminya menghantar sayur-sayuran ke sebuah kedai kopi di Jalan Sekama.

Semasa pemunggah sayur, mereka telah didatangi dua orang lelaki yang tidak dikenali lalu meluru mengambil beg sandang milik pengadu yang diletak di tengah-tengah tempat duduk penumpang dan pemandu.

Beberapa barang hilang seperti kad pengenalan, kad ATM, buku akaun, telefon dan wang tunai berjumlah RM5,000.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Difahamkan, kedua-dua tertuduh mempunyai jenayah rekod lampau di bawah seksyen yang sama.

Setakat ini, kedua-kedua tertuduh tidak membayar denda yang dikenakan.

 

BERITA LAIN

Industri media Malaysia perlu ada acuan sendiri

KUCHING: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri. Beliau berkata mesej itu disampaikan

Bawang Assan perlukan pemimpin baharu

SIBU: Kawasan DUN Bawang Assan sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kawasan itu disifatkannya ‘sudah

Guna salelit ganti menara untuk liputan lebih luas

KUCHING: Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan satelit untuk dijadikan sebagai menara bagi menghubungkan capaian liputan secara terus ke telefon, kata menterinya, Fahmi Fadzil. Menurutnya, teknologi

BERITA TERBARU

Kuching selamat, cantik, pintar

BANDAR raya yang cantik, bersih, tersusun, moden dan lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan sentiasa menarik untuk dikunjungi. Bergantung pada sumber, senarai bandar raya yang