ARTIKEL

Tidak serik, penagih dadah dipenjara lima tahun dan satu sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Akibat menyalah guna dadah jenis syabu secara berulang, seorang penagih dadah lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebat oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Tertuduh Ray Christson Ibsa Kekek, 27, mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai dua rekod lampau di bawah Seksyen Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 pada tahun 2022.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa mengambil dadah terlarang sekali lagi jenis Amphetamine dan Methamphetamine Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching, kira-kira jam 12.30 tengah hari, 25 September 2022.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) daripada Akta yang sama.

Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, manakala Seksyen 39C (1)(b) Akta yang sama membawa hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak lebih daripada tiga sebatan, jika sabit kesalahan.

Baca lain  Isteri nyaris dirogol, suami diikat, lima lelaki samun rumah sarang burung

Selain itu, mahkamah memerintahkan dia di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang.

Hasil ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

Adun Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi