ARTIKEL

Tidak serik, pengawal keselamatan dipenjara enam bulan curi tembaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan penjara terhadap seorang pengawal keselamatan kerana mencuri wayar tembaga milik sebuah syarikat pengedar kereta mewah, awal Januari lalu.

Mohad Rizal Juman, 30, dari Tawau, Sabah, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu di kawasan premis syarikat terbabit, kira-kira jam 6.42 pagi, 1 Januari lalu.

Menurut fakta kes, pada 5 Januari lalu, pengadu merupakan penyelenggara bangunan membuat pemeriksaan mendapati wayar tembaga milik syarikat telah hilang dicuri.

Laporan polis dibuat oleh pengadu seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh di sebuah rumah di Tabuan Cemerlang pada 6 Januari lalu.

Tertuduh mempunyai enam rekod jenayah lampau melibatkan ceroboh rumah di Sabah, dua rekod jenayah curi dan dua rekod penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Pesara rugi hampir sejuta terpedaya polis palsu

MIRI: Seorang pesara swasta di sini terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900,000 akibat diperdaya oleh seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk

Seorang suspek kes ugut di Julau didenda RM100

SARIKEI : Seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di Sarikei hari ini kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada seorang individu. Ketua Polis Daerah Julau

BERITA TERBARU

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Lebih 360,000 ngusung Muzium Budaya Borneo

KUCHING: Muzium Budaya Borneo (BCM) ngerikod lebih 360,000 pengusung sepemanjai taun 2023. Menteri Dagang Temuai, Industri Kreatif enggau Seni Pemerindang (MTCP), Datuk Seri Abdul Karim