ARTIKEL

Tidak serik salah guna dadah, penagih dipenjara 5 tahun dan satu sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang penagih dadah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine secara berulang.

Tertuduh Mohammad Tarmizi Hassani, 38, dari Kampung Kudei mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia mempunyai tiga rekod lampau iaitu satu rekod pada tahun 2019 dan dua rekod pada Februari 2023 di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kali ini dia didakwa sekali lagi mengambil dadah terlarang jenis Methamphetamine dan Methampetamine di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kuching, kira-kira jam 2.40 petang, 20 Julai lalu.

Pendakwaan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum mengikut Seksyen 39C(1)(b) daripada Akta yang sama.

Selain itu, mahkamah memerintahkan dia di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas menjalani hukuman penjara.

Menurut fakta kes, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah berulang.

Hasil ujian saringan awal air kencing tertuduh didapati positif dadah.

Hasil laporan sampel urin tertuduh dari Jabatan Patologi Hospital Umum Sarawak mengesahkan tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan

BERITA TERBARU

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini. Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan