ARTIKEL

Tidak serik ulangi jenayah, lelaki dipenjara kerana mencuri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana menghalang tugas polis dengan melarikan diri semasa hendak diperiksa dalam satu kejadian cuba curi kabel di Jalan Semerah Padi.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Afifi Anuar, 34, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan dibacakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34.

Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi rakannya yang masih bebas didakwa melarikan diri dengan memecut kenderaan yang dinaiki mereka ketika hendak diperiksa polis di Jalan Semerah Padi, kira-kira jam 3 pagi, 25 Jun lalu.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret berasingan dia dijatuhi hukuman denda RM3,500 atau penjara enam bulan atas kesalahan mencuri kabel TM dalam kejadian yang sama.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman demikian selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibacakan bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Difahamkan, tertuduh mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kes dadah, samun dan pecah rumah.

Pendakwaan kes dikendalikan secara berasingan oleh dua Pegawai Pendakwa iaitu Inspektor Mohd Adzmei dan Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP