ARTIKEL

Tidak terjejas walau tanpa kelibat tiga jaguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Meskipun kontinjen negara ke Sukan Para ASEAN (APG) 2023 kali ini tanpa kelibat tiga jaguh utama, namun mereka dijangka mampu meraih 40 emas, iaitu melepasi 33 yang disasarkan di Phnom Penh, Kemboja pada 3 hingga 9 Jun ini.

Penganalisis sukan tempatan Datuk Dr Pekan Ramli berkata ketiadaan juara Sukan Paralimpik iaitu Datuk Abdul Latif Romly (lompat jauh), Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru) dan Cheah Liek Hou (badminton) tidak akan menjejaskan sasaran negara pada APG 2023 yang disertai 144 atlet itu.

“Saya rasa walaupun ketiga-tiga atlet berkenaan tiada kali ini, namun tak mustahil kontinjen negara boleh menyamai atau lebih sedikit dari pencapaian edisi lepas di Solo, Indonesia (36 emas, 20 perak dan 13 gangsa).

“Saya jangkakan sukan olahraga akan terus menjadi penyumbang utama emas negara diikuti badminton di Kemboja nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Selain 33 emas, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin pada Isnin lepas turut menyasarkan kontinjen negara membawa pulang 51 perak dan 58 gangsa pada APG 2023.

Dalam pada itu, Pekan mengharapkan agar penyertaan atlet negara di APG 2023 mendapat perhatian meluas daripada peminat sukan tempatan.

Katanya, kontinjen negara wajar diberikan sokongan padu kerana temasya APG juga penting buat perkembangan atlet para dan bukannya hanya memberikan tumpuan sewaktu mereka beraksi di Sukan Paralimpik.

Malaysia akan mengambil bahagian dalam 13 daripada 14 jenis sukan dipertandingkan di Kemboja termasuk satu sukan demonstrasi iaitu e-sukan.

Daripada jumlah itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam 153 acara iaitu 35.66 peratus daripada 429 acara yang dipertandingkan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam Mohd Sadek Mustafa pula berpendapat sasaran diletakkan itu adalah realistik dan mampu dicapai di Kemboja.

Katanya, kontinjen negara juga berpeluang menaikkan semula imej sukan negara setelah maruah Malaysia tercalar susulan persembahan buruk dipamerkan atlet normal di Sukan SEA 2023, baru-baru ini.

Pada Sukan SEA 2023, Malaysia membawa pulang keseluruhan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa di Kemboja, iaitu pencapaian yang sedikit lebih baik daripada kutipan 31 emas pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.– BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia mara separuh akhir Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Terbuka Australia dengan bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain Jepun

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu