ARTIKEL

Tidak wujud draf perjanjian tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semalam berkata tidak wujud draf perjanjian berkaitan tuntutan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang dengan Kerajaan MADANI seperti didakwa oleh pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata tiada sebarang draf dokumen diserah atau diterima semasa pertemuan beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen pada 19 Mac lepas.

“Saya tegaskan sekali lagi dalam pertemuan saya bersama wakil-wakil pembangkang minggu lepas, tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak Kerajaan MADANI mahupun pihak pembangkang.

“Ia sekadar sesi mendengar permintaan dan tawaran mereka malah tiada perbincangan mengenai perjanjian pun,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut menggesa Ahli Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid daripada Bersatu, yang membangkitkan isu mengenai draf itu, agar meminta dokumen tersebut daripada Hamzah.

“Cuba lihat draf itu wujud atau tidak,” katanya.

Pada 22 Mac lepas, Hamzah berkata pihaknya sudah menerima draf dokumen yang memperinci perkara berkaitan rundingan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil turut menafikan kenyataan Hamzah berhubung perkara tersebut dan mengesahkan pertemuan Fadillah dengan Ketua Pembangkang itu hanya untuk mendengar pandangan mereka.

Menteri Komunikasi itu berkata Kerajaan Perpaduan telah meneliti perbincangan tersebut dan dijangka membuat tindakan susulan termasuk mengadakan perbincangan di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan MADANI yang akan diadakan nanti.

“Buat masa ini, kita tidak dapat sesuatu yang substantif daripada pihak pembangkang jadi kita kena go back to the drawing board.

“Jika ada Ahli Parlimen pembangkang yang merasakan perbincangan ini agak lambat, jangan salahkan kerajaan, (mereka) kena tanya kepada Ketua Pembangkang kenapa ia lambat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Inisiatif Ramadan CSR dan Iftar Perdana Lembah Pantai bersama Foodpanda Malaysia serta rakan kolaborasi di IWK Eco Park@Pantai Dalam di sini semalam.– BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36