ARTIKEL

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan SUKMA Ke-21 melawat venue yang akan digunakan untuk SUKMA, di sini, baru-baru ini.

Tiga acara SUKMA akan diadakan di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 melawat venue yang digunakan untuk SUKMA di Mukah, baru-baru ini.

Lawatan tersebut diadakan ke venue yang ditetapkan untuk tiga sukan yang dipertandingkan dalam SUKMA Ke-21 kelak.

Antaranya ialah Dewan Sri Balau Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Mukah bagi sukan judo dan Politeknik Mukah venue untuk sukan bola jaring.

Turut dilawati, Stadium Mukah dan Padang Mesra Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) bagi sukan bola sepak kategori lelaki.

Sehubungan itu, tujuan lawatan ini adalah untuk menyelaraskan persediaan dan keperluan venue semasa SUKMA Ke-21 yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Dalam pada itu, difahamkan larian obor akan diadakan di Mukah pada pertengahan Mei depan.

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: Tamparan hebat skuad tinju

KUCHING: Tamparan hebat buat skuad tinju negeri Sarawak dalam menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Kem kendalian Muhammad Helman Morni (ketua jurulatih) dan

Pelados juara tewaskan The Jang

PASUKAN Pelados dinobatkan sebagai juara Pertandingan Bola Raya Kampung Tuie Edisi 2024 selepas menewaskan pesaing utamanya, The Jang. Bergelar jaguh, pasukan dari Spaoh itu pulang

TMJ derma rumput jenis hibrid untuk SNBJ

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan mendermakan rumput jenis hibrid bagi kegunaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Menurut hantaran yang dimuat

BERITA TERBARU