ARTIKEL

SANTUNI... Richard Riot (kanan) menyantuni tiga adik-beradik yang baru sahaja kehilangan bapa mereka.

Tiga adik-beradik yatim piatu akan diberi bantuan, kebajikan dijaga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Tiga adik-beradik yatim piatu yang kehilangan bapa mereka baru-baru ini akan dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti untuk tindakan lanjut.

Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot, berkata tindakan itu bagi memastikan kebajikan anak-anak itu terjaga di samping mengenal pasti bantuan yang setimpal untuk diperuntukkan kepada mereka.

“Saya akan berhubung dengan Datuk Seri Fatimah Abdullah selaku Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, bagi melihat apakah yabg terbaik buat ketiga-tiga anak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menemui adik-beradik itu ketika majlis bersungkai di Masjid Bahagian Serian sebelum menziarahi tempat tinggal mereka di Kampung Rasau, Serian.

Menurutnya, anak-anak itu kini berteduh di kediaman ibu saudara mereka memandangkan ibu mereka juga sudah lama meninggal dunia.

Ketiga-tiga anak yang disantuni itu dikenali sebagai Nur Arissa Maisyara, 15, Nur Arinie Batrisyia, 13, dan Ammar Zakuan, 10

LAWAT…Richard (tengah) melawat kediaman adik-beradik itu yang kini menetap bersama ibu saudara mereka.

BERITA LAIN

Lelaki ditemui mati di Kampung Tunku

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati di Kampung Tunku, Jalan Astana, di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata, polis menerima laporan

Percepat naik taraf klinik kesihatan, sekolah daif

KUCHING: Perbincangan antara Kerajaan Sarawak dengan Putrajaya berkaitan isu pendidikan dan kesihatan di Sarawak belum lagi selesai dan muktamad, namun beberapa perkara sudah diselesaikan. Premier

LEMANG WARISAN

Reduan Ahmad mengambil masa 48 jam, dua hari sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk membakar lebih 4,000 batang lemang pesanan pelanggan tetapnya. Resipi penghasilan lemang

BERITA TERBARU

Umat Islam puasa Ramadan dua kali pada tahun 2030

Kalendar Hijriah Islam dihitung berdasar putaran bulan, manakala kalendar Gregorian atau Masehi dikira berdasar perjalanan bumi mengelilingi matahari. Justeru, ini menyebabkan umat Muslim berpuasa 36