ARTIKEL

Tiga anggota polis ditahan, terbabit dakwaan salah laku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang semalam mengesahkan penahanan tiga anggotanya yang bertugas di Balai Polis Pulau Tikus bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah laku, Jumaat Lepas.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata kes melibatkan tiga anggota polis itu masih dalam siasatan pihaknya.

“Dua daripada tiga anggota yang ditahan itu disiasat di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil, manakala seorang lagi menurut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Terdahulu, tular di laman Telegram laporan berhubung penahanan tiga anggota polis balai itu termasuk seorang daripadanya berpangkat Lans Koperal berumur 29 tahun yang positif dadah.

Beliau berkata dua lagi anggota polis berpangkat Koperal berumur 34 dan 35 tahun ditahan kerana pemeriksaan menemukan sejumlah wang RM500 dan RM1,093 di dalam beg masing-masing, namun mereka gagal memberi penjelasan berhubung wang terbabit.

Pemeriksaan terhadap anggota-anggota polis di balai berkenaan dijalankan oleh pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.– BERNAMA

BERITA LAIN

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke

BERITA TERBARU