ARTIKEL

Tiga Badang Sarawak mahu cetak kemenangan pada Sukan SEA 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HEBAT…Tiga jaguh bina badan Sarawak, (dari kiri) Dr Malvern Abdullah, Philomena Dexclyn dan Buda Ak Anchah setiba di LTAK.

KUCHING: Pingat yang disumbang pada penampilan Kejohanan Bina Badan Dunia dan Sukan Fizik 2022 yang berlangsung di Phuket, Thailand baru-baru ini menjadi pencetus semangat buat tiga jaguh bina badan negara kelahiran Sarawak.

Menzahirkan rasa teruja, Buda Anchah, Dr Malvern Abdullah dan Philomena Dexclyn berkata kejayaan itu disifatkan sebagai satu semangat untuk terus mencetak kecemerlangan apabila mewakili negara di temasya Sukan SEA 2023 yang akan berlangsung di Cambodia.

Menurut Buda, beliau cukup gembira kerana berjaya menyumbang pingat pada kejohanan tersebut.

“Apa yang diperoleh ini adalah hasil kerja keras selama ini.

“Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak serta semua pihak atas sokongan yang diberikan kepada kami,” ujarnya pada sidang media ringkas setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

Selain itu, Malvern Abdullah turut meluahkan rasa gembira dengan kejayaan diperoleh dirinya dalam kejohanan terbabit.

Menurut Malvern, beliau begitu teruja apabila dapat memastikan pingat emas milik dirinya.

Bagi Philomena Dexclyn pula, beliau juga melahirkan frasa gembira yang tidak terhingga disebalik penampilannya dalam kejohanan tersebut.

“Permulaan yang cukup membanggakan bagi diri saya walaupun sekadar menduduki tempat keempat dalam kejohanan kali ini,” katanya.

Kejohanan yang berlangsung di Phuket, Thailand bermula dari 6 hingga 12 Disember lalu, Buda Anchah berjaya meraih satu pingat emas kategori Men’s Master Bodybuilding (50-59 Tahun) dan satu pingat gangsa dari kategori campuran menerusi gandingan dengan Meilaura Dora Jimmy.

Sementara itu, pingat emas Dr Malvern Abdullah diperoleh dalam kategori Men’s Physique Up 160cm selain menduduki tempat keempat dalam kategori campuran bersama gandingan Philomena Dexclyn.

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja

BERITA TERBARU

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta