ARTIKEL

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Ahmad Zaki Hamzah (dua, kanan) bersama pegawainya menunjukkan barangan rampasan pada sidang media mengenai tangkapan ajaran sesat Millah Abraham, di Pusat Dakwah Islamiah Paroi

Tiga beranak pengikut ajaran sesat Millah Abraham dicekup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan tiga beranak disyaki pengikut ajaran sesat yang difatwakan haram iaitu Millah Abraham, kira-kira 6 petang semalam.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata pasangan suami isteri berusia lingkungan 40-an itu ditahan di sebuah rumah yang disewa sejak enam bulan lepas di Felda Sungai Kelamah, Tampin.

Manakala anak lelaki mereka berusia 16 tahun yang tidak bersekolah ditahan di kediaman asal keluarga berkenaan di Felda Palong 3, Jempol.

“Ketika ditahan mereka tidak menjalankan sebarang aktiviti tetapi siasatan mendapati mereka merupakan pengikut kepada ajaran itu. Turut dirampas 15 barang dan dokumen termasuk buku nota, komputer riba dan telefon bimbit,” katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Fatwa dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada 2019 menyatakan ajaran atau fahaman berkenaan bercanggah dengan hukum Islam.

Ahmad Zaki berkata mereka yang ditahan dikesan merekrut dan menyebarkan ajaran itu kepada keluarga terdekat serta penduduk setempat selain dipercayai telah aktif lebih setahun berdasarkan risikan serta maklumat awam.

Beliau berkata antara ajaran diamalkan termasuk mempercayai kewujudan nabi baharu, mempunyai syahadah berbeza selain cuba menggabungkan tiga agama iaitu Islam, Yahudi dan Nasrani selain sembelihan bukan ahli adalah haram.

“Mereka bergerak secara sembunyi seperti di restoran atau kedai makan, kita percaya ahli bukan sahaja di negeri ini tetapi seluruh negara dan ada yang dalam kalangan profesional,” katanya.

Ketiga-ketiga mereka ditahan mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan.

Menurut Ahmad Zaki, operasi itu rentetan daripada serbuan ajaran sesat Millah Abraham di Kampung Sri Repah, Tampin pada 2019. – BERNAMA

BERITA LAIN

Makhamah persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia menolak pendengaran kes

PKR Sabah anjur himpunan Perdana Rakyat 4 Ogos ini

KOTA KINABALU: PKR Sabah akan menganjurkan program Himpunan Perdana Rakyat yang bakal diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

BERITA TERBARU

Makhamah persekutuan tolak rayuan bekas pemandu Grab

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan seorang bekas pemandu Grab untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Kementerian Sumber Manusia menolak pendengaran kes