KPM akan memulakan inisiatif membudayakan amalan dan sikap kebertanggungjawaban murid menjaga kebersihan tandas sekolah dalam waktu terdekat menerusi pelaksanaan Penarafan Kebersihan Tandas Sekolah KPM.
Menururt perkongsian di Facebook KPM, kebersihan tandas merupakan program jangka panjang Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) yang menyasarkan semua tandas sekolah KPM mencapai minimum tiga bintang pada akhir 2025 sebagai standard kualiti yang perlu dicapai.
Justeru, KPM membudayakan amalan menjaga kebersihan tandas dan kebertanggungjawaban murid secara berterusan melalui program sedia ada seperti kempen kesedaran kebersihan tandas dalam kalangan murid serta advokasi bagi memupuk kesedaran menggunakan tandas dengan cara yang betul.