ARTIKEL

Sebahagian kru kapal yang berjaya ditahan kerana membuat aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah.

Tiga bot nelayan ditahan APMM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Tiga bot nelayan tempatan bersama 1,000 kilogram ikan dirampas oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Miri di kedudukan 3.3 batu nautika barat laut Kuala Suai, semalam.

Bot berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Menurut satu kenyataan, kesalahan yang dilakukan ialah melanggar syarat sah lesen dengan menjalankan kerja-kerja menangkap ikan di kedudukan kurang 12 batu nautika dari Pantai.

Pengarah APMM Zon Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, bot nelayan itu ditahan sekitar 10.49 pagi oleh bot ronda APMM dalam OP PERMAI 01/2019 dan OP TIRIS 3.0 di perairan Miri.

“Hasil pemeriksaan dan penggeledahan mendapati seramai 17 kru termasuk tekong terdiri daripada dua warga tempatan dan 15 warga Indonesia dalam lingkungan umur 19 hingga 58 tahun.

Bot nelayan yang digunakan untuk memuatkan 1,000 kilogram ikan campur.

“Turut disita hasil tangkapan berjumlah lebih 1,000 kilogram ikan campur yang dianggarkan bernilai hampir RM1,500,” katanya.

Susulan itu katanya, ketiga-tiga bot nelayan berkenaan dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) Miri sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, APMM terus komited dalam menguatkuasakan undang-undang di Zon Maritim Malaysia dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pesalah.

Sebarang maklumat, aduan dan insiden kecemasan dilaut, orang ramai boleh menghubungi talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Miri di talian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Sarawak (082-432016) untuk maklum balas segera.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU