ARTIKEL

Tiga bot nelayan ditahan langgar syarat sah lesen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Tiga bot nelayan tempatan yang disyaki melanggar syarat sah lesen , telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu, sekitar jam 11 pagi, pada Khamis.

Bot tersebut dipercayai melakukan aktiviti perikanan di luar kawasan yang dibenarkan pada jarak lebih kurang 5.6 batu nautika dari Pantai Mukah.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, tangkapan dibuat berikutan aduan komuniti nelayan setempat mengenai aktiviti segelintir bot nelayan yang menceroboh kawasan pesisir pantai.

“Setelah risikan dilakukan, terdapat beberapa bot nelayan bukan dari kawasan setempat menceroboh kawasan ini dan pihak Maritim Malaysia diarahkan ke lokasi yang telah dikenal pasti.

“Hasilnya, ketiga-tiga bot tersebut ditahan ketika menunda pukat dan melakukan aktiviti penangkapan ikan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati seramai 17 kru terlibat iaitu 13 kru termasuk tekong merupakan warga tempatan, manakala empat kru warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 62 tahun.

Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana telah melanggar syarat sah lesen dengan melakukan aktiviti menangkap ikan kurang daripada jarak yang dibenarkan dan boleh dikenakan kompaun daripada Jabatan Perikanan Malaysia.

Manakala, kru warga asing yang ditahan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sebarang maklumat serta aduan mengenai aktiviti yang mencurigakan atau kecemasan di laut boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432 544) yang beroperasi selama 24 jam.

Sebahagian kru nelayan yang ditahan pada Khamis lalu.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU