ARTIKEL

Tiga ditahan, 64 keping saman dikeluarkan dalam operasi di Kota Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seramai tiga individu ditahan dan sebanyak 64 keping saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dikeluarkan sepanjang Op Bersepadu Cegah Jenayah dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan.

Operasi yang dijalankan pada 19 dan 20 November itu bermula jam 10 malam sehingga jam 3 pagi melibatkan lima pegawai kanan dan 25 anggota dari pelbagai cawangan selain anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Kota Samarahan

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, seramai dua orang telah ditangkap dalam serbuan oleh pasukan operasi atas kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan sejumlah RM137 dirampas termasuk seunit telefon bimbit.

“Sementara, serbuan kedua telah berjaya menangkap seorang lelaki yang didapati menjalankan aktiviti penyalahgunaan dadah dan tangkapan dibuat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 247 buah kenderaan dan seramai 338 orang telah diperiksa dalam operasi dua hari tersebut.

Beliau berkata, satu pasukan Rondaan Berkereta juga ditubuhkan merangkumi tujuh pasukan yang menggunakan kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) dan menjalankan pemeriksaan mengejut di laluan masuk ke taman perumahan, kampung dan rumah kedai.

“Pendekatan berterusan seumpama ini akan diteruskan secara berkala dalam mencegah jenayah terutamanya di kawasan yang telah dianalisa sebagai kawasan ‘panas jenayah’ dalam Daerah Kota Samarahan.

“Kes pecah rumah dan curi, curi kenderaan, judi, aktiviti penyalahgunaan dadah selain aktiviti gangsterisme dan lumba haram akan dibanteras sehingga ke akar umbi,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, IPD Kota Samarahan menyeru agar semua lapisan komuniti tampil dan menyalurkan maklumat jenayah.

BERITA LAIN

Wong mahu mekanisme cuti gantian diperjelas

KUCHING: Mekanisme pemberian cuti gantian apabila beberapa cuti umum jatuh secara berturut-turut perlu diperjelas bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan majikan dan pekerja, khususnya berkaitan perancangan

BERITA TERBARU