ARTIKEL

Pasukan bomba meneruskan operasi pemadaman yang masuk hari kesembilan semalam.

Tiga ekar tapak pelupusan sampah di Bintulu musnah, asap tebal halang operasi pemadaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Operasi pemadaman tapak pelupusan sampah Trieneken (BDA), Jalan Tanjung Kidurong yang seluas tiga ekar memasuki hari kesembilan, semalam, menghadapi cabaran susulan asap yang terlalu tebal.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak (PGO) dalam satu kenyataannya memberitahu, masalah itu menyebabkan operasi yang dibahagikan kepada empat pasukan dengan kerjasama Trieneken, BDA dan Perbena Emas itu terpaksa ditangguhkan sekali lagi

“Operasi pemadaman ditangguhkan sementara kerana hujan lebat di lokasi pada jam 9.30 malam.

“Sementara menunggu hujan berhenti, kita melakukan kerja-kerja mengisi air ke dalam tangki sebelum menyambung semula operasi sejam kemudian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut PGO, walaupun berdepan masalah kekurangan air namun pasukan penyelamat meneruskan operasi sehingga jam 4.38 pagi.

“Pada jam 6.12 pagi, operasi pemadaman dihentikan sementara kerana pihak jengkaut tidak dapat meneruskan galian kerana asap terlalu tebal dan juga hujan.

“Setakat ini, kebakaran memusnahkan kawasan seluas kira-kira tiga ekar daripada tapak perlupusan sampah yang luasnya enam ekar itu.

“Kita telah berjaya memadam satu ekar di sektor satu manakala, dua ekar di sektor dua belum dipadamkan
berikutan masalah tiada air, tekanan air pili yang rendah serta asap terlalu tebal sehingga menyukarkan jengkaut untuk menggali,” ujarnya.

BERITA LAIN

MPC komited pacu pembangunan hidrogen di Sarawak

KUCHING: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak komited memacu peningkatan produktiviti industri hidrogen di negeri ini melalui pemerkasaan inisiatif pembangunan rangka kerja peraturan hidrogen yang

25 jelitawan rebut gelaran ratu cantik

KUCHING: Karnival Gawai Tematu 2024 dan Bitanding Dayung Gawea Tematu 2024 Edisi Kesembilan bakal menampilkan 25 finalis bagi merebut gelaran juara atau ratu cantik. Pengerusi

BERITA TERBARU

Dominator JR FT terbaik, semakin digeruni

KUCHING: Skuad Dominator JR FT kini antara pendatang baharu yang semakin digeruni keedibiliti mereka di pentas saingan bola sepak lima sebelah atau lebih dikenali sebagai

Bala nembiak meseti berani napi pemar idup

KUCHING: Bala nembiak patut ngembuan reti penyulut kediri empu enggau berani napi pemar idup ti deka ditapi sida. Tuai Sekretari Politik Premier Sarawak, Fazzrudin Abdul

Fasiliti Stadium Sarawak akan dinaik taraf

KUCHING: Penaiktarafan fasiliti di Stadium Sarawak akan dilakukan susulan negeri ini sebagai tuan rumah bersama bagi Temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) pada tahun 2027. Menteri