ARTIKEL

Tiga ekor lembu disumbangkan kepada penduduk Kampung Bako

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri menerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah menyumbangkan tiga ekor lembu sempena Aidiladha ini.

Menurutnya, daging korban itu juga akan diagihkan kepada penduduk atau golongan asnaf di Kampung Bako Hulu, Tengah dan Hilir.

“Seekor lembu ini seberat 400 lebih kilogram (kg), dagingnya juga lebih 100 kg dan kita akan mengagihkan kepada penduduk di kampung tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Ibadah Korban 1444H/2023M di Masjid Darul Ibadah Kampung Bako Hulu, di sini, hari ini.

Sehubungan itu tambah Nancy, beliau bersyukur kerana melalui ibadah korban tersebut banyak pihak yang tampil menunjukkan rasa tanggungjawab masing-masing bukan sahaja kerajaan tetapi juga pihak swasta dan individu perseorangan.

“Justeru, di kawasan Santubong memang kita telah memperuntukkan lebih RM100,000 untuk keseluruhan kawasan bagi melaksanakan ibadah korban dan ada juga yang telah disumbangkan oleh rakan-rakan kerana terdapat permintaan yang tinggi,” ujarnya.

Selain tiga ekor lembu tersebut, ketiga-tiga kampung berkenaan juga menerima dua ekor lembu lagi yang masing-masing disumbangkan Syarikat Borneo Asphalt Sdn. Bhd dan Sarawak Coal Resources Sdn. Bhd. sempena Aidiladha tahun ini.

BERCAKAP… Nancy bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Ibadah Korban 1444H/2023M di Masjid Darul Ibadah Kampung Bako Hulu, di sini, hari ini. FOTO F: RAMIDI SUBARI 
RAKAMAN KENANGAN… sekitar rakaman kenangan ketika Majlis Ibadah Korban 1444H/2023M di Masjid Darul Ibadah Kampung Bako Hulu, di sini, hari ini. FOTO F: RAMIDI SUBARI 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU