ARTIKEL

Tiga graduan yatim piatu cekal demi segulung ijazah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ketiadaan ibu bapa tercinta di sisi untuk menemani perjalanan akademik, tidak menjadi alasan bagi tiga graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) mendaki menara gading apabila berjaya menggenggam ijazah dalam bidang sains pada Majlis Konvokesyen UPM ke-47 Sidang 2 Tahun 2023 semalam.


Graduan Bacelor Sains Akuakultur dengan Kepujian Fatin Fadhlina Mat Desa, 25, yang kehilangan ibunya Ramelah Said akibat kanser usus pada tahun lepas, mengakui situasi itu meninggalkan kesan pada dirinya, namun terus cekal dalam menghadapi dugaan demi menunaikan hasrat ibunya untuk dia mendapatkan segulung ijazah.

“Pada mulanya, saya tidak dapat menerima kehilangan ibu kerana dia adalah antara pemangkin semangat saya untuk meneruskan pengajian dan keinginan arwah ibu untuk melihat seorang daripada anaknya memperoleh ijazah,” katanya yang turut kehilangan bapa ketika masih bersekolah rendah.

Mengenai program pengajiannya, graduan Fakulti Pertanian UPM itu berkata bidang berkenaan mampu memberi manfaat dalam industri maritim bagi memenuhi keperluan sektor pertanian masa kini.

“Saya akui tidak ramai yang mengetahui mengenai bidang ini, namun sebenarnya program pengajian ini didedahkan dengan kemahiran teori dan praktikal dalam bidang akuakultur dan kepentingan sejagat dalam isu keterjaminan makanan,” katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan UPM.

Graduan Bacelor Sains Biologi dengan Kepujian Noor Farah Adilah Mat Yusof, 23, yang diuji dengan kehilangan ibu bapa pada tahun yang sama turut berkongsi kepayahan yang dialami khususnya melibatkan kewangan.


Namun, dengan kecekalan dan bantuan keluarga terdekat ternyata cabaran berkenaan hanyalah rintangan sementara.

“Arwah ibu meninggal akibat kanser paru-paru pada awal 2018 dan kemudiannya arwah ayah meninggal dunia secara tiba-tiba pada pertengahan 2018, kehilangan mereka telah memberi kesan kepada diri saya.

“Pada awal semester, saya mengalami kesusahan dari segi kewangan untuk membayar yuran pengajian, namun saya bersyukur ibu bapa saudara banyak membantu menyalurkan bantuan kewangan hingga semester kedua saya berjaya mendapat biasiswa daripada Kuok Foundation Berhad,” katanya.

Sementara itu, graduan Bacelor Sains Statistik dengan Kepujian Nurul Islam Abdullah, 23, tidak pernah terfikir untuk berputus asas walaupun kehilangan kedua ibu bapanya ketika masih kecil kerana ingin membuktikan bahawa statusnya sebagai anak yatim piatu tidak menjadi penghalang buatnya mencapai kejayaan dalam mengejar ilmu.

“Saya kehilangan ibu Sarimah Zakaria akibat sakit buah pinggang ketika berusia 3 tahun dan ayah Abdullah Ahmad Nasruddin meninggal dunia akibat angin ahmar ketika berumur 8 tahun, namun saya bersyukur kedua-dua kakak menjaga saya walaupun mereka ketika itu tidak mempunyai kerja tetap.

“Antara perkara yang saya akan ingat sampai akhir hayat ialah pengorbanan kakak ketika dia mendapat tawaran sambung belajar dan menggunakan duit pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menanggung saya,” katanya.

Rezeki kini berpihak kepada Nurul Islam apabila beliau berjaya mendapat pekerjaan sebagai Pegawai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat swasta dan berhasrat untuk membalas segala jasa kakak-kakaknya iaitu Nurul Ehsan dan Nurul Iman. — BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Projek panel solar kurangkan kos elektrik

SEBUYAU: Kolej Universiti i-CATS telah melaksanakan Projek Pemasangan Panel Solar di Kampung Lumut Baru yang bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan ini. Projek itu dilaksanakan

Jom lihat flora, fauna waktu malam

KUCHING: Orang ramai berpeluang untuk melakukan aktiviti Urban Forest Night Walk di Sama Jaya Nature Reserve, pada waktu malam bermula jam 7 hingga 10 malam.

Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 meriah

JAKARTA: Sambutan Hari Pers Nasional (HPN) 2024 semalam dimeriahkan dengan kehadiran Delegasi Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Malaysia. Delegasi ISWAMI Malaysia seramai 33 orang yang

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah