ARTIKEL

Abdul Karim (tengah) bercakap kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Bengkel Ketahanan Destinasi Pelancongan Sarawak di Hotel Imperial Kuching, hari ini bersama Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan (kiri), dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA), Noor Ahmad Hamid (kanan). | Foto: Ghazali Bujang

Tiga hotel antarabangsa akan dibina, rancakkan lagi industri pelancongan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tiga hotel bertaraf antarabangsa akan dibina dekat sini sebagai usaha untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Sarawak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata pembinaan tiga hotel tersebut oleh pihak swasta sudah mendapat kelulusan daripada Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, salah sebuah hotel yang akan dibina kelak adalah Ascott Hotel, sekali gus membuktikan pihak swasta dan kerajaan peka terhadap perkembangan pelancongan di Sarawak.

“Apabila kita menerima kedatangan pengunjung dan pelancong, dengan jumlah yang semakin meningkat juga, memang kita memerlukan sektor swasta untuk terlibat dalam hal ini.

“Perkara tersebut penting kerana kerajaan tidak dapat membina hotel sepanjang masa,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Bengkel Ketahanan Destinasi Pelancongan Sarawak di Hotel Imperial Kuching, hari ini.

Tambahnya, pembinaan hotel baharu itu penting bagi persediaan masa hadapan di Sarawak yang mempunyai pelbagai promosi, aktiviti dan tempat menarik.

“Memang ketika ini bilangan bilik hotel mencukupi bagi menampung jumlah pelancong tetapi kita perlu melihat ke hadapan, dalam tempoh 10 atau 30 tahun akan datang.

“Melihat kepada perkembangan pelancongan, termasuk pada peringkat global, kita memerlukan lebih banyak bilik dan tidak boleh menunggu saat akhir untuk membina hotel.

“Ia juga perlu dilaksanakan secara berperingkat,” ujarnya. 

Untuk makluman, dari Januari hingga April tahun ini, ketibaan pelawat di Sarawak adalah sebanyak 1,615,912, dan daripada jumlah ini, 997,451 adalah ketibaan antarabangsa manakala 618,461 ketibaan domestik yang merekodkan resit pelancongan kira-kira RM4.170 bilion.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan